Saturday, 7 July 2012

Makanan Kegemaran Rasullullah S.A.W

Semalam penat tunggu en.bf sampai..flight die dah lah memang lambat..lepas tu delay lagi..dalam pukul tiga kot baru tidur..walaupun tidur lambat dekat sini tapi bangun tak selewat dekat rumah..awal pulak bangun..hehe..jadi sementara tunggu en.bf sampai LCCT dan lepas tu balik bkt.jalil aku pun online je la..tak buat pape karang bosan pulak..tak pun tertidur terus..hehe..tetiba jumpa artikel ni dekat fesbuk..pernah baca tapi baca macam tu je..tak fokus..hehe..dan rasa berminat nak share..

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
( aku jarang pulak minum barli, mungkin boleh minum sekali -sekala lepas ni)
 
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.
(memang tau kebaikan kurma ni lama dah..tapi tak berapa suka makan..huhu..ada gak terfikir nak belajar makan kurma..nak dijadikan rutin makan hari-hari..mungkin boleh start dengan bulan puasa ni..bulan puasa ramai sikit orang jual kurma..kalau sekarang ni susah nak cari)
 
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
( tak kenal lah pulak buah ni..boleh blaja kenal lepas ni..hehe)

 
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut
(buah ni aku tak suka la pulak..walaupun dekat rumah tu ramai kata aku rugi tak suke buah ni sebab buah ni mahal..lepas ni boleh makan..sangat bagus rupenya)

 
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.


(jarang jugak makan madu..biasanya beli masa nak raya untuk buat kuih raya..hehe..sekarang pun banyak madu komersial jual dekat pasaraya kan..madu hutan tu yang bagus dan sedap kan..tapi susah nak jumpa..pernah minum air lemon campur madu..sedap..)
 
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
(yeay ni memang buah dan minuman feveret)

 
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.
(ni pun feveret aku sangat ni..sampai umu sekarang memang sangat lah suka minum susu..memang dalam toplist untuk stok makanan aku..dan mengikut statement di atas patut lan aku jarang sangat panas..slalu sejuk je..tak de masalah rabun dan ingatan aku Alhamdulillah masih bagus..)

 
8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
(ni pun aku suka makan..tak kira la apa jenis cendawan..cendawan kukur, cendawan butang, cendawan busut dan banyak lagi..paling senang nak dapat dekat pasaraya ialah cendawan oyster..tapi cendawan oyster tu pernah buat aku keracunan makanan dua kali..huhu..cendawan kan tak boleh simpan lama-lama)

 
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.
(kurang arif pasal ni..untuk rambut tu biasa lah dengar..tapi orang di negara barat suka masak guna minyak zaitun kan)

 
10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
(buah ni pun aku suka..dulu dekat rumah m.long ada pokok dia..tapi buah ni susah nak jumpa..kalau ada jual pun mahal)

 
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)
(yang aku tau orang suka letak dalam makanan bila memasak je..lebih-lebih lagi kalau buat acar mentah..kene pergi restoran Itali lah cuba ni)

 
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati. ♥ ^___________^

(aku memang suka minum air..cuma kene praktikkan cara minum yang betul)

Ilmu dekat atas ni sangat berguna dalam kehidupan seharian..sebab tiap-tiap hari kita makan kan..kalau boleh amalkan lah cara makan yang betul dan pilihlah makanan yang baik untuk tubuh kita..terima kasih jugak kepada yang share ilmu ni..aku tak kenal siapa tetapi semoga Allah membalas kebaikannya dah sentiasa merahmatinya..Amin..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...