Thursday, 19 July 2012

Its My life..

Post ni mungkin agak carca marba..carca marba tu maksud nya bercampur aduk..nk share apa yang jadi past few day..kalau sebelum aku ada blog ni..selalu baca blog org lain dieorang selalu kata..bila menulis orang tak nak baca atau tak suka baca pun tak pe..apa yang di tulis tu sebagai catatan harian tetapi yang dikongsi untuk bacaan orang lain..sebagai kenangan kehidupan..sekarang bila menulis aku memang admit..apa yang aku tulis ni adalah untuk dikongsi dengan orang lain yang berminat nak baca dan untuk bacaan aku sendiri..kenangan pada peristiwa yang aku tulis dan pada gambar-gambar yang aku post..suka duka jatuh bangun aku dalam menjalani hidup aku ni..

First sekali nak share pengalaman bila hidup dikelilingi lelaki-lelaki..bila mana aku the one and only perempuan..Sangat terharu sebab mereka sangat lah mengambil berat dan caring pasal aku..bila aku tak de note pagi semalam tengah breakfast tetiba bagi aku note..terkejut dan terharu sangat sebab prihatin nya..tanpa disuruh ok..lepas tu bila nak bayar pulak die tak nak pun terima duit aku..bila ak tak dapat makanan dieorang bagi makanan dieorang dekat aku..bila aku tak de SMS aku..lepas tu setiap kali jumpa semua tanya kenapa aku tak da..mereka buat aku sangat selesa dan sangat mengambil berat..

Semalam ingat nak discuss pasal fluid mechanic..tapi orang nya tak de..pagi ni ble pulak cancel dan aku jumpa je orang tu personally dan berterus terang dengan die status dan condition aku..die pulak sangat membantu..berkongsi pengalaman, kisah hidup dia yang menjadi motivasi pada aku dan berkongsi idea untuk guide aku agar direction aku lebih betul..

Die berkongsi bagaimana orang yang pandai kalah dengan orang berani..dan orang yang berani kalah dengan orang yang beruntung..jangan takut mengambil risiko..hidup ni perlukan keberanian untuk kita move forward..kalau tak kita akan statik dan kekal dekat takuk tu je..mendatar je prestasi..dan bila dah ambil risiko tu kita kenelah betul-betul fokus dan buktikan pada semua orang keputusan yang kita ambil tu tak salah..walaupun menongkah arus..walaupun semua orang menentang..Buat sahaja apa yang kita rasa betul dan sentiasa berdoa pada Allah sebab dia sentiasa ada dengan kita..

Die ceritakan pengalaman hidup die..berkahwin pada usia yang muda..tanpa restu keluarga..ahli keluarga dia tak datang pun masa hari perkahwinan mereka..macam mana peritnya dia kata..lepas tu menjadi suami, pelajar, dan bekerja dalam masa yang sama..menguruskan pelajaran isteri lagi..sangat tabah..sekarang berhijrah ke negara orang demi mencari rezeki..dan berjaya mempunyai syarikat sendiri..dia kata kalau aku susah sekarang ramai orang lagi susah dari aku..

Alhamdulillah Tuhan pertemukan aku dengan orang yang memberikan motivasi, berkongsi pengalaman hidup, dan memberi panduan pada aku untuk plan selepas ini..

Terima kasih jugak dekat housemate..durian ni sangat sedap..dan ada banyak sebab nipis je kulit dia..share dengan Zila..walaupun banyak tapi tak puas makan..nak lagi..huhu..

Minggu ni ramai yang balik rumah nak sambut puasa dekat rumah..aku balik raya nanti je lah..en.bf pun tak de..rindu sangat..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...