Saturday, 14 July 2012

Isi dan Kulit..

Atas muka bumi ni sangat ramai umat manusia..setiap daripadanya ada perangai yang berbeza-beza..faktor persekitaran dan sekeliling turut membantu sikap dan sifat seseorang manusia itu membesar dan menjalani kehidupan seharian mereka..

Tajuk post ni berkaitan dengan penampilan dan sifat seseorang..Isi melambangkan sifat dan keperibadian (hati) seseorang manakala kulit melambangkan penampilan atau personaliti luaran seseorang seseorang..Kulit selalu dinilai dahulu oleh individu manakala untuk menilai isi nye perlu mengambil masa dan usaha..Ada empat keadaan isi dan kulit pada aku..

  1. Kulit yang cantik dan isi yang cantik..
  2. Kulit yang buruk tetapi isi yang cantik..
  3. Kulit yang cantik tetapi isi yang buruk..
  4. Kulit yang buruk dan isi yang buruk..
Pada pendapat peribadi aku aku lebih suka yang pertama (1) dan kedua (2)..Hal ini juga ada bersangkut paut dengan agama..Jika seseorang individu itu berimej Islamik, sentiasa berkopiah dan bersongkok di kepala kemana-mana..Atau sentiasa bertudung kemana-mana..tetapi meninggalkan solat rasanya berada dalam kelompok ketiga (3). Bertudung dan berimej Islamik bagi yang lelaki dan mereka sering bercakap soal agama tetapi mereka sendiri tidak mengamalkan pun ajaran agama itu sendiri..pada yang perempuan walaupun bertudung keluar tetapi sering mengumpat..dengki dam lain-lain sifat yang tidak baik..

Lebih baik lagi mereka yang mungkin tidak menutup aurat tetapi mempunyai hati yang yang baik..membuka aurat tu tetap salah..tetapi pada aku lebih teruk dari perkara yang aku terangkan di atas tadi..walaupun tidak mengenakan tudung keluar rumah tetapi sangat menjaga solat dan sangat baik hati..walaupun bukan islam tetapi menghormati wanita lebih baikberbanding Islam tetapi bersikap biadap dan memandang rendah terhadap wanita..Macam ayah aku pernah cerita masa nak pos motor..ada barang-barang pada motor yang hilang..Ayah cakap kadang-kadang orang yang kafir tu lebih jujur dari orang Islam sendiri..

Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja..siapa lah kita manusia yang lemah ini untuk menilai orang lain..aku menulis post ini pun berdasarkan pengalaman aku..kalau silap aku mintak maaf banyak-banyak dan tolong perbetulkan..Semoga kita saling menghormati dan hdup aman tenteram selalu walaupun berlainan agama dang bangsa..

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih


P/S - Saje pilih gambar durian ni sebab rindu nak makan durian..dulu selalu beli durian dekat area Jusco AU2..dekat depan simpang depan asrama bakti Felda..jual dalam bekas polisterin..senang nak pilih..aku tak pandai pilih durian kalau sebijik-sebijik..hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...