Friday, 6 July 2012

Berpakat buat tuntutan palsu..

Hari ni lepas bangun macam biasa buat rutin harian..tapi sebab kan pagi semalam sebelum tidur dah sentap..tengok dapur kotor..sampah melimpah-limpah tak berbuang..sampai kan bungkus maggi ada sebelah heater..dah bukak tinggal macam tu je..ada tong sampah tak sampai beberapa langkah je kot..tu pun tak boleh buang dalam tong sampah..suis heater tak bertutup..kalau tak nak kemas pun xpe la..tapi bila orang dah kemas tolong la jaga..tak kan la main buang je sampah merata-rata lepas tu orang tolong kemas kan..sampah melimpah-limpah dekat dapur penuh dengan sampah sisa makanan masing-masing orang buangkan..sebab kita orang memang makan dekat luar..lemak betul kau..dah la aku mop dengan sapu hari-hari..lap meja..nampak kot orang kemas hari-hari..lepas tu suke hati je nak sepah-sepah..kalau nak sepah dekat tempat sendiri tak melibatkan orang lain tak pe gak..

Jadi hari ni aku malas dah nak sapu dan mop lantai..kalau kau ada sepuluh orang gaji pun dekat rumah ke tapi berdikari lah..suka ke hidup dalam suasana macam ni..tak tau lah macam mana masing-masing dekat rumah..perilaku anda mencerminkan keperibadian anda..

Jadi hari ni lepak dekat bilik je..memang tak bercadang nak keluar ke mana-mana pun..online je lah..lepas mandi tadi bukak paper harian metro dan tertarik dengan tajuk berita 'Berpakat Buat Tuntutan Palsu'..sekali bila klik tengok-tengok perempuan yang buat case ni..bukan lah nak kata perempuan ni baik sangat..tapi kagum dengan keberanian dieorang..kalau keberanian tu di gunakan untuk perkara yang baik kan sangat bagus..tak fikir panjang ke..umur dah banyak..atau memang dah biasa buat perkara-perkara macam ni..cuma kali ni baru tertangkap..dan lebih menyedihkan sebab beragama Islam..waima ajaran agama lain pun kata tindakan mereka ni salah kan..tak amanah dalan tugas..macam mana lah Malaysia ni nak maju..dan tak fikir je duit tu haram ke halal..nak bagi anak makan..biar lah kita miskin, atau hidup sederhana asalkan dari sumber yang halal..dari hidup mewah, kaya-raya, nampak gah tapi dengan cara yang salah..ini semua mengenai moral dan maruah individu..dan aku sangat berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan..menjadi pengajaran dekat mereka dan orang lain..boleh baca di sini.

Post ni juga peringatan untuk diri sendiri..kita sama-sama menegur dan mengingati antara satu sama lain..tak de siapa pun yang sunyi dari melakukan kesilapan..semoga die insaf, bertaubat dan berubah..kalau aku buat silap pun tegurlah..walau pun kadang-kadang kita tersentap bila ditegur tapi aku akan cuba terima dengan hati dan minda yang terbuka..

2 comments:

  1. Hmmm...
    Selalu juga la melihat perkara begini..
    penipuan...
    di mana2 pun ada perkara begini...
    cuma yang berbezanya, mereka tu tertangkap..
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul ti Liya..
      prkra mcm ni sngt berleluasa sngt kn..
      dah jd mcm bnda biasa dlm hdup..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...