Monday, 11 June 2012

Teh Hijau aka Green Tea

Setiap kali nak tulis pasal teh hijau asyik la melencong tertulis pasal citer len..hehe..dari nak tulis citer teh hijau melencong tulis citer pasal kesihatan la..melencong tulis citer pasal susu la..

Aku memang suka minum teh hijau..walau pun rasa die tak de lah sedap sangat..selain tu aku suka minum teh o tak pun teh o limau suam..teh susu memang aku tak minum kecuali kalau terpaksa..kalau ada kedai yang sediakan teh hijau ni memang aku order..macam dekat food court Pavillion..aku pernah minum air lemon campur madu pun sedap gak..hehe..

Mungkin ramai tak suka sebab rasa die tak best la..rasa macam kelat sikit kan..pada aku ok je..Alhamdulillah aku ok je makan semua benda..lagi-lagi kalau benda tu berkhasiat macam peria..kadang-kadang tu kalau benda-benda rare tu aku lagi suka..hehe..barulah ada variety dalam makanan..hehe..nasib la en.bf..banyak benda yang aku suka dia tak biasa makan..hehe..

Balik pada citer teh hijau yang aku tau memang elok untuk diet..lagi-lagi minum lepas makan..ini kelebihan teh hijau yang aku kongsi aku ambil dari sini

1. Mampu melindungi payudara daripada serangan kanser. Kandungan polifenol (salah satu antioksida) yang banyak di dalam teh ini dikatakan dapat meneutralkan radikal bebas yang menjadi punca kanser.
2. Menggalakkan pembakaran lemak. Bagus diamalkan untuk mereka yang ingin lansing dan menguruskan badan.
3. Menurunkan aras kolesterol dalam badan.
4. Meningkatkan sistem imunisasi badan.
5. Membantu mengawal paras gula darah (kurangkan gula dalam teh hijau anda, atau gantikan dengan gula stevia).
6. Mengawal tekanan darah tinggi dengan merencatkan tindakan Angiotensin II.

dan juga dari sini 



Ni teh hijau yang aku minum..kadang-kadang beli dapat free gift botol air..banyak jugak la koleksi botol air yang dah ada dekat rumah ni..hihi..selalu ayah beli dekat Jusco Seremban 2.
Teh hijau yang dah tunggu nak minum je ni..lepas makan nasi lauk masak lemak daging campur kentang ngn telur dadar letak tomato haruslah minum teh hijau..hehe..petang tadi plan nak buat begedil..duk usha-usha resipi dekat internet..tapi tak jadi lak..lauk banyak lagi..pape pun Jom amalkan minum teh hijau..:))

2 comments:

  1. Salam perkenalan..

    Saya pun suka minum teh hijau..
    Wangi..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la..bole lah sama-sama minum teh hijau utk jaga kesihatan kita..:))

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...