Sunday, 10 June 2012

Susu..

Kalau tanya aku air yang paling aku paling aku suka ialah air yang berasaskan susu..tak kisah lah apa makanan berasaskan susu memang aku suka..dari susu segar perisa original, perisa coklat, susu tepung, air yogurt, yogurt, nestum dan lain-lain..

Kalau susu segar aku memang suka perisa original..perisa strawberry dan coklat aku tak berapa sangat..tapi kalau ada layan je..hehe..kalau pegi makan dekat luar pun kadang-kadang aku suka order susu..

meleleh air liur tengok..huhu..
Kalau air yogurt pulak aku suka suka perisa mangga dan oren..atau perisa campuran mangga dan oren..masa bulan puasa siap beli botol kecik banyak-banyak untuk buka puasa..hehe..

perisa mangga dan oren pujaan hati..
Jom check khasiat susu..ini dari apa yang aku tau..nak baca lebih boleh tengok sini

Susu lembu boleh dikatakan sihat terutamanya kerana kandungan protein dan kalsiumnya. Ia juga merupakan sumber baik bagi sejumlah vitamin. Satu hidangan (1 cawan atau 250 ml) 2%-susu lemak mengandungi 285 mg Kalsium, yang mewakili 22% hingga 29% daripada jumlah dicadangkan harian (daily recommended intake) (DRI) kalsium bagi orang dewasa, bergantung kepada usia, 8 gram protein, dan sejumlah zat lain (samaada secara semulajadi atau melalui pengkayaan):
  • Vitamin D dan K - penting bagi pembentukan tulang.
  • Iodin - mineral penting bagi fungsi tiroid (thyroid)
  • Vitamin B12 dan Riboflavin - penting bagi kesihatan kardiovaskular dan penghasilan tenaga
  • Biotin dan asid Pantothenik - vitamin B penting bagi penghasilan tenaga
  • Vitamin A - penting bagi sistem imunisasi
  • Potassium dan Magnesium - bagi kesihatan kardiovaskular
  • Selenium - sedikit (trace)mineral penghalang-barah
  • Thiamin - vitamin B-penting bagi fungsi kognitive, terutamanya daya ingatan
  • Conjugated asid Linoleik - asid lemak berguna yang membantut beberapa jenis barah pada tikus, telah terbukti membunuh sel barah kulit manusia, sel barah kolorektal dan sel barah payu dara dalam kajian vitro, dan mungkin membantu mengurangkan kholesterol dan menghalang (atherosclerosis); hanya bagi susu yang di dapati daripada lembu yang makan susu.

Susu memang banyak khasiat terutama untuk tulang dan gigi..tulang kita memang memerlukan kalsium untuk kekal kuat..kalau tak lebih senang mereput..khasiat susu ni memang tak dapat di sangkal lagi..even baby pun memang memerlukan susu untuk membesar dengan sihat..kalau sakit kronik tak mampu makan pun doktor akan salurkan susu mengikut tiub..Jadi jom amalkan minum susu untuk kesihatan bersama..tapi jangan la suka minum susu manis banyak-banyak lak..kencing manis pulak nanti..hehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...