Monday, 25 June 2012

Permohonan Sumbangan bagi Melanjutkan Pengajian (Part 2)

Mula-mula sekali aku rasa malas nak tulis pasal benda ni..tapi bila fikir-fikir balik aku rasa aku patut tulis benda ni..share dengan orang lain dekat luar sana..mungkin maklumat ni berguna dekat orang-orang yang akan sambung belajar..

Awal bulan enam hari tu masa pegi kenduri B.wan, k.mie bagi tau yang dia dah dapat duit sumbangan untuk k.tih..nak belajar memang banyak kene pakai duit kan..nak bayar yuran..bayar buku..seminar lah..masa aku submit surat kerani YB amik no fon dan kata nak call kalau YB dah sign..tapi bila k.mie pegi pejabat YB surat dah sign pun..tapi tak call pun..mungkin busy agak nya..

Jadi minggu ni aku nak settle kan hal aku..beli barang keperluan..finalize dokumen..petang tadi aku pegi pejabat YB dan kebetulan jumpa k.mie dekat situ..betul-betul kebetulan..hehe..die temankan aku pegi pejabat YB..surat dah di sign (seperti yang dijangka) dan dapat lah sedikit duit sumbangan..walaupun tak banyak tapi sangat lah membantu..

Borak-borak dengan k.mie dan k.mie lepak-lepak dekat rumah..k.mie pun bagi tau die ada dapat sumbangan dekat ada Dato' Ketua Bahagian UMNO..rumah die dekat je dengan rumah aku..malam ni k.mie hantar aku pegi rumah die dan dapatlah lagi sikit sumbangan..Khamis ni nak pegi jumpa ada dua orang ADUN kawasan..k.mie ada dapat sumbangan..

Untuk pengetahuan semua sebagai wakil rakyat mereka ni memang ada peruntukan pendidikan untuk disalurkan..cuma perlu tunjukkan surat tawaran dan copy IC..mungkin ada yang nak surat permohonan rasmi sebagai rujukan..tak kira siapa pun memang akan dapat..ni ramai yang tak tau..

Ada juga Yayasan Negeri Sembilan..tapi dia tengok gaji parents..tu selektif la sikit..cuma sekarang tinggal nak settle kan untuk Permohonan Sumbangan dari Menteri Besar Negeri Sembilan hari tu yang tertangguh sebab tak de surat pengesahan dah belajar dari tempat belajar..bila aku call tempat belajar lepas dah register dah masuk baru dieorang boleh keluarkan surat..kene masuk dulu lah nampak nya..

Pada aku sumbangan mereka ni agak banyak jugak dan sangat membantu ak..Terima Kasih banyak..

K.mie bagi tau ada orang nak tempah serkup lagi..makin panjang pulak tempahan ni..sampai ada Doktor dekat Port Dickson nak tempah..tak kisah soal bayaran..Alhamdulillah..harap ada masa untuk ini semua..Amin..

related post

 

9 comments:

  1. salam..huhuhu..nak nangis bila jumpa entri ni..saya akan sambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda kat UPM bulan 9 ni..tengah runsing pasal masalah kewangan sebab yuran pendaftaran yang tinggi sangat..family tahun ni pulak banyak event penting yang guna banyak duit so kalau boleh taknak mintak dari diorang..terfikir mana nak dapatkan sumbangan pendidikan & jumpa blog ni..jadi, pihak2 yang kita boleh mohon sumbangan:
    -MB NS
    -ADUN
    -Yayasan NS
    -Ada mana-mana lagiyang kita boleh mohon?

    *maap komen panjang-panjang, kelau boleh nak mohon tiap ceruk yang boleh dimohon*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..
      Tahniah dapat sambung belajar..
      Cuba la appy dekat tempat-tempat tu..

      1) Dekat MB- pg pejabat MB lepas tu isi borang die..kalau degree dpt lg byk..rm 1k x silap..

      2) ADUN - Boleh mintak dkt rmai ADUN..lg ok pg ADUN kwsan kt tnggl..ada yg kene isi borang ada tak..kalau bole buat la surat rasmi sikit mohon sumbangan..sebab dieorg bole record..kalau tak nanti ada kata org BN ni manjang mkn duit rakyat je pulak..haha..amaun yg dpt brgntung pd individu tu dan keadaan kt dan fmly..mcm ad yg akak pg dpt rm250 thun lpas tp sepupu thun ni dpt rm150 je..ada yg akak x dpt lnsung sbb tak dpt jmp YB tu..tp sepupu akak dpt rm400 nk smbung blaja thun ni..ada yg sepupu akak thun lpas dpt rm250 sbb fmly die mmg agk susah tp akak pg dpt rm50 je..

      3) Yayasan N9-ni boleh cuba..akak tak apply..gaji parents x lepas..ada range gaji yg bole apply..adik bole cuba..

      4) Cuba minta dekat orang-orang korporat yang adik kenal..biasa dieorg ada yg bg sumbangan jgak..mcm akak dulu mmg tak de duit..kalau tau ad yg bg cuba je apply..bwk surat..kalau ada rezeki dpt la..amaun pun tak tentu..

      Bole la usaha..kadang-kadang dieorg ni mmg ada peruntukan..atau ni cara dieorg nk beramal..kt je xtau sbb tu tak mintak..berapa pun kt dpt hargai la setiap sen tu..setiap sen tu berharga..belajar betul-betul dan selamat berjaya..:))

      Delete
  2. This entry really really really help me out. Thank You sooooo muuch! May Allah ease everything do.. amin...

    Janji Allah, sesiapa yg mempermudahkan urusan orang lain, Allah akan mempermudahkan urusan mereka.
    InsyaAllah, May Allah bless you. BarakAllah. Amin.

    Again, thank you so much. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome..sharing is caring kan..:)..semoga berjaya in ur study..

      Delete
  3. kalau swasta boleh ke kite minx?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau blaja dkt swasta boleh mintak..

      Delete
  4. salam,

    nak tanya pemohonan untuk MB tu ada syarat gaji ibu bapa ke nak mohon kalau pendapatan ibu bapa 1612.89 layak ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam..

      Sy x ingt pulak..
      Rasanya tak de..
      Apply je..
      Insyaallah kalau ad rezeki dpt je..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...