Thursday, 7 June 2012

Kesihatan diri..

Aku memang suke minum benda-benda panas..atau dalam erti kata lain memang tak minum ais pun sejak habis sekolah dulu..alhamdulillah..berjaya mengubah tabiat makan sebab banyak sangat keburukan yang aku dengar pasal ais..selain tu aku pun suka minum jus..

Aku pun tak suka makan dalam kuantiti yang banyak kecuali bila dah terambil makanan tu banyak atau beli makanan yang diorder dekat luar sama ada bungkus atau makan dekat situ..kalau order nasi separuh pun degil..bagi banyak jugak..tak pun ad kedai yang siap kata tak boleh order nasi separuh..jadi makan la dengan banyak nya..kalau tak habis membazir..huhu..sejak lepas sekolah memang banyak makan dekat luar..jadi banyak jugak la makan..dan badan pun makin sihat..huhu..

Sekarang ada dekat rumah m.long..kesian dia sebab sakit hari ni..baring je..kalau nak apa-apa call atau sms amir dekat bawah..sejak minggu lepas die mengadu sakit perut..hari selasa malam sakit perut sangat sampai kene pegi hospital malam-malam..dan sepatutnya kena tahan ward tapi die tak nak..p.long pun tak de pegi kursus..senak sangat katanya dan buang air berdarah..

Pada pendapat aku M.long kurang menjaga kesihatan..antara tabiat buruk dia selalu skip makan..even makan dekat rumah ni teratur dan die suka masak tapi dia sendiri tak makan..jadi perut masuk angin dan asid dalam perut memburuk kan lagi keadaan sebab tak de benda nak diproses..selain tu m.long tak suka minum air kosong..suka minum benda manis..banyak sangat makan ubat..ubat kurus la..dan macam-macam ubatan lagi..tak suka minum susu..dan die cakap masa lepas bersalin dulu memang die tak suke berpantang..mungkin effect die sekarang ni la..dia pun tak suka pegi hospital..kalau sakit makan ubat dekat farmasi dan pegi klinik je..

Pada aku mencegah lebih baik dari mengubati..Alhadulillah aku tak banyak masalah kesihatan lagi..harap sentiasa sihat la..aku rasa semua orang tau amalan yang baik untuk kesihatan cuma malas nak amalkan..aku pun bukan lah pakar kesihatan tapi apa yang boleh dikongsi:

1) Bangun je minum air kosong..elok untuk penghadaman dan mengelakkan penyakit..

2) Sentiasa besederhana dalam perasa makanan..maksud aku perasa ni macam manis, masin, masam, pedas..aku suka benda masam..huhu..

3) Selalu minum air kosong..ni memang banyak kelebihan..bagus untuk penghadaman, singkirkan toksik dalam dalam badan dll..

4) Jangan skip sarapan..maksud nya jangan biarkan perut kosong lama-lama..nanti banyak asid..macam aku suka minum susu dan nestum..

5) Banyak kan makan sayur dan buah..kalau ada ulam aku suka makan ulam..

6) Amalkan senaman..senaman memang elok untuk diamalkan..bagus untuk buang toksik bila berpeluh, lancarkan pengedaran darah, bagus untuk jantung dll..

7) Kalau sakit cepat-cepat jumpa doktor supaya boleh dapatkan rawatan segera..kalau bole bila sakit cuba lawan untuk kuatkan antibodi badan..contohnya bila demam banyakan minum air supaya haba dalam badan keluar..buat keje supaya keluarkan peluh daripada tidur je..kalau larat lagi la..hihi..

Kalau nak info lebih boleh google..Aku pun suka minum teh hijau selepas makan malam..Macam aku cakap tadi..aku bukan lah pakar kesihatan..kurus sangat pun tak..aku pun cuba untuk amalkan cara hidup yang sihat..Alhandulillah setakat ni masih ada kesihatan yang baik..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...