Thursday, 21 June 2012

Forum Remaja..

Hari ni kene bangun awal..5.30 pagi lagi M.Long dah ketuk pintu bilik..siap-siap turun bawah sarapan sekeping roti dan dalam pukul tujuh dah bergerak ke sekolah amer untuk hantar die ke sekolah..lepas tu amik mak dan zack bergerak ke Sek.Men. Pasir Panjang Port Dickson untuk Pertandingan Forum peringkat Negeri Sembilan..

Sekolah amer dapat giliran ke lima dari lapan kumpulan..lama jugak la menunggu sebab satu kumpulan akan persembahkan forum mereka lebih kurang setengah jam..termasuk soalan spontan berdasarkan tajuk forum masing-masing..

Secara keseluruhannya persembahan sekolah pertandingan biasa-biasa ja..mungkin sebab aku dah lama tak pegi sekolah..agak bosan jugak lah..makin lama pun perut agak lapar..huhu..dah habis lapan kumpulan pukul 1 ptg kene tunggu wakil pengarah untuk rasmikan majlis..ada ucapan pengetua dan wakil pengarah..lama jugak berucap..tambah dengan microfon tak berapa ok..suara tak jelas..lagi lah aku bosan..dah duduk dari pukul 9 sampai pukul 2 + ucapan + lapar..sabar je lah..

Lepas ucapan perasmian masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah..Pasukan dari sekolah amer diumumkan sebagai Johar pertandingan..seterusnya mewakili Negeri Sembilan ke peringkat kebangsaan nanti..

pasukan sekolah amer buat persembahan..amer yang paling sihat sekali..hehe..

Pemenang pertandingan..Tempat ketiga- Sekolah Tuanku Kursiah, Kedua-Sek. Men. Keb. Batu Kikir
dan Johan Sek. Men. Keb. Seri Pagi..Lebih manis amer dinobatkan sebagai pengerusi terbaik dan wakil sekolah mereka juga dipilih sebagai ahli panel terbaik..sapu bersih nampak..hehe..

Semua penyokong Sek.Men Keb. Seri Pagi..bawak satu bas penyokong..hehe..pak cik sponsor bas untuk bawak penyokong dari sekolah amer..termasuk cikgu..semua naik bas..pasukan dengan penyokong paling ramai..hehe..nasib baik menang..pegi peringkat kebangsaan nanti sponsor bawak penyokong satu bas lagi ke?..hehe..dengar nya peringkat kebangsaan nanti akan diadakan di Terengganu..

Family yang datang satu kereta bagi sokongan..hehe..Mak dan ayah yang berbangga dengan pencapaian anak mereka..

Balik tu P.Long belanja makan dekat Nasi Ayam Gemas..boleh tahan la rasa dia..tapi Nasi Ayam Mustafa dekat Gemas lagi sedap pada aku..aku dengan zack beli kek ais krim..sedap..Esok malam P.Long nak belanja makan ikan bakar sempena meraikan kejayaan amer..semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti..amin..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...