Monday, 18 June 2012

Batu Karang..

Dari minggu lepas memang duduk rumah P.Long..tak pelah..sementara cuti lama ni boleh lah duduk rumah dia lama sikit..nanti kalau da start belajar tak dapat dah nak duduk dekat rumah dia lama-lama..dapat jugak la rasa makanan yang M.long masak sedap-sedap tiap-tiap hari..

Cuma sejak dua menjak ni kesihatan M.Long kurang baik..M.Long kene gastrik yang teruk dan disyaki ada batu karang..dengan ada nya dua penyakit ni lagi la teruk..mungkin ubat untuk penyakit batu karang tu tak sesuai dengan gastrik..M.Long mudah mengantuk, muntah-muntah, dan pening kepala..Disebabkan M.Long tak suka pegi hospital lagi la teruk pada aku..kalau sakit selalu pegi klinik je..ambil ubat..bila da ok sikit die tak buat pemeriksaan lanjut pun..Lagi pun banyak sangat ubat yang dia makan..antibiotik la tapi tak tahu penyakit die dengan detail..

Jadi aku pun tertarik untuk tau penyakit ni dengan lebih mendalam supaya boleh share maklumat ni dengan kenalan yang ada penyakit ni dan paling penting elak kan diri dari dapat penyakit ni..

Batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.
(M.Long kata dia ada rasa sakit bila nak buang air besar dekat kawasan pinggang)
Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).
(M.long selalu kene kencing kotor dan pernah buat minor operation sebab jangkitan kuman tak silap..selalu kene kencing kotor sebab habit die yang tak suke minum air kosong) 

Cara Atasi penyakit Batu Karang


ADA banyak faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutama bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidap masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:


  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.

  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.

  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.

  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.

  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.

  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

  • Jom sama-sama amalkan hidup sihat..ber sederhana dalam pengambilan makanan..banyak kan bersenam..kepada M.Long semoga cepat sembuh..kene jaga makan untuk penyakit gastrik jugak..lagi-lagi nak puasa ni..Pada pendapat aku jugak..kalau perempuan lepas bersalin..amalan berpantang tu sangat lah penting..memang lah banyak benda yang tak boleh di makan..dan banyak yang benda boleh di makan tu benda-benda tak sedap..tapi amalakn dan makanan yang tak sedap tu lah yang baik untuk tubuh badan kita..biar la bersusah dulu tapi dah tua nanti tak sakit macam-macam..kalau nak sakit memang la tak boleh nak elak..sekurang-kurangnya kita usaha untuk elak kan penyakit tu..


    1 comment:

    1. orang kata,
      salah satu daripada punca penyakit ini ialah selalu menahan air kencing..
      tapi memang sakitlah..

      ReplyDelete

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...