Thursday, 10 May 2012

Tentang Rasa

Lagu Tentang Rasa ni tengah polular sekarang kan..ramai yang suka dengan lagu ni..termasuk aku..Tajuk lagu ni pun sesuai dengan mood aku malam ni..rasa mara..kesal..sedih..boleh kata rasa-rasa negetif la yang aku rasa malam ni..tak pelah rasa ni memang Allah cipta untuk mewarnai hidup kita ni..lagi pun semua yang Allah cipta bersebab kan..

siang tadi terdetik untuk tulis status ni di fesbuk..

"belajar lah dari kesilapan..tapi tak mustahil kita ulang kesilapan yang sama lg..mcm mna pn setiap kali jatuh bangun la semula dan trus kan berjuang.."

motivasi dan renungan untuk diri sendiri dan rakan-rakan lain juga..hidup ni orang kata macam roda..kadang-kadang kita ada diatas dan kadang-kadang kita ada dibawah..selalu lah bersyukur dengan apa yang kita ada..walaupun kadang-kadang aku sendiri pun lemah dan kadang-kadang rasa tewas dalam hidup ni..kepada Allah lah kita mengadu..memohon dan meminta semoga hidup ni sentiasa di permudahkan oleh-Nya dan sentiasa di beri petunjuk untuk setiap yang terbaik untuk kita..kadang-kadang kita ada pilihan..tapi kita sendiri tak tau yang mana satu yang baik untuk kita..apa yang baik untuk orang lain tak semestinya baik untuk kita kan..

Proses pembelajaran dalam hidup ni pun tak pernah habis..pelajaran sama ada formal mahupun tidak formal..kalau pun benda tu tidak baik tapi masih ada sesuatu yang kita masih boleh belajar dari situ..contohnya aku pernah ada pengalaman dengan ada seorang ni..lead engineer dekat company lama sebelum ni..agak gatal orang nya..pernah ad 2 isteri dan ada jugak dengar cerita-cerita dekat ofis yang tak best pasal dia ni..tapi hebat orang nya dalam field dia..masa aku ada masalah kerja dia pernah nasihat kan aku beberapa benda..antara yang aku ingat..

"kebanyakan orang yang berjaya  biasa nya pernah gagal dan melakukan kesilapan"

"kalau kita pernah buat salah dan jatuh bangun lah balik dan perbaiki kesilapan diri kita. belum terlewat untuk kita perbaiki."

atas beberapa perkara yang terjadi dalam karier aku die kata value of experience aku memang tinggi dalam usia semuda ni..jangan mudah putus putus asa..perbetulkan balik kesilapan tu dan lebih berhati-hati lepas ni..tapi aku rasa kebanyakan pengalaman yang pahit biasa nya lagi mematangkan dan lebih banyak mengajar kita erti kehidupan..mungkin juga sebagai peringatan dia kepada aku yang makin alpa..peringatan untuk sentiasa mengikut resmi padi..bila kita sentiasa senang kita mudah lupa diri..mudah hanyut..

"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)." (Surah Ali 'Imran:3)
 
memang banyak yang aku belajra dari kesilapan aku tu..dan semoga selepas ni aku lebih berhati-hati dan urusan aku lebih dipermudahkan oleh Allah..sepotong ayat untuk dikongsi dan di amalkan..

("Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka".). Al Baqarah 201.
 
Terima kasih Tuhan kerana memberi pengajaran dan peringatan yang sangat bermakna untuk aku teruskan kehidupan..Insyaallah..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...