Thursday, 24 May 2012

Renungan


On the way pegi semalam semalam hendry sms..bagi tau ada kawan accident ahad lepas dan baru meniggal petang semalam..sms dengan hendry sebab tak perasan budak tu melalui nama samaran dan nama betul die..hendry bagi tau kalau nak tengok boleh lah datang..sebab malam esok jugak nak kebumikan..tapi tak dapat datang..sebab baru sampai s'ban masa tu..nak pegi saing dengan hendry dia pulak dah sampai kampung..

semalam sampai je rumah terus makan malam dan tengok cerita korea sampai pukul 11..tengok cerita fashion king ngn miss ahjumma..aku suke citer miss ahjumma..tak sabar nak tengok die transform jadi cantik balik..

lepas tengok cerita tu naik atas, mandi dan on laptop..bukak fesbuk..tengok hendry post status pasal arwah..ada link fesbuk dia..aku pun bukak dan tengok..laa rupenya aku kenal budak tu..pernah jumpa..patut la hendry sms inform aku..al-fatihah buat Mohd Zaiful b. Abd Latif..

terima kasih jugak kerana sedarkan aku..dunia dan ahkirat perlulah seimbang..kadang-kadang kita terlalu mengejar keseronokan dunia sampai lupa yang pada bila-bila masa ajal kita akan sampai tak kira umur dan tempat..kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda-benda duniawi macam karier..rumah dan kereta macam mana yang kita nak beli..nak buat majlis kawen macam mana..nak beli barang jenama apa..lalai nya aku. sibuk fikirkan duit je..tak pulak risau fikirkan sembahyang yang tak cukup..puasa dah berganti ke..amalan-amalan wajib lain..lalai nye aku..tapi bekerja mencari rezeki tu satu ibadah jugak kan..terima kasih Ya Allah sebab memberi kesedaran ini..sekali lagi al-fatihah untuk arwah dan semoga tenang di sana dan ditempatkan di kalangan orang ber iman..amin..

'bekerja lah kamu seperti kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadah lah kamu seperti kamu mati esok hari'



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...