Saturday, 12 May 2012

Pedih nya nak beli rumah..:((

Kami memang dah bercadang lama nak beli..rasa nya berbanding kereta lebih baik spent lebih dekat rumah..biarlah pakai kereta murah pun tak pe..asal kan boleh beli rumah yang ok sikit..ada jugak la survey harga rumah di area lembah kelang..harga rumah sangat la mahal..huhu..lebih-lebih lagi untuk landed house..harga memang tak masuk akal..huhu..even nak beli apartment pun fikir banyak kali..huhu..

kalau boleh nak beli rumah dekat area lembah klang..even kawasan sekitar dia pun macam nilai, bangi, kajang pun harga rumah dah mahal..dulu pernah try nak beli apartment dekat kl as investment tapi tak berjaya sebab tak boleh apply loan sebab baru tukar kerja masa tu..kalau baru tukar kerja tak silap kne ada at least tiga bulan dekat company baru baru boleh apply..paling ok tiga hingga ke enam bulan..maklum lah gaji kami pun ciput je kan..huhu..walaupun tak berjaya beli rumah tu tapi banyak yang kitaorg blaja..

last loan advisor yang kitaorang jumpa tu memang banyak bagi info..sangat baik kakak tu..sanggup jumpa malam-malam dekat McD Damansara Damai dan untuk jumpa kami dia terpaksa call pengasuh anak dia dulu untuk tinggalkan anak dia untuk jumpa kitaorang..dia pun ada advice untuk buat simple loan dulu macam ASB loan atau card credit..reason dia supaya bank boleh tengok record cara pembayaran hutang kita..even car loan pun senang nak approve jugak..housing loan agak complicated..

pada aku harga rumah dekat lembah klang ni sangat lah mahal..harga macam tak terkawal..dia punya increment sangat mendadak..siapa yang ada duit untuk melabur dalam sektor hartanah ni sangat lah berbaloi..walaupun harga yang dijual mahal sampai mencecah jutaan ringgit tapi bila jual tetap ada orang yang beli..aku pernah pergi launching rumah dekat kota seriemas,nilai..harga type rumah yang paling murah adalah dari RM250k ke atas..ini type yang paling mura..ada beberapa type lagi lebih mahal..untuk pada malam launching itu sahaja type rumah yang paling murah tu dah separuh di booking..giler betul kan..macam datang shopping rumah je dieorang ni..harga booking ialah RM2000..finally tak jadi pun sebab En.bf kata nilai jauh nak pegi kerja..tapi ok jugak sebab dekat dengan klia..nanti kalau outstation kene naik flight awal pagi dan balik lambat dekat je kalau rumah dekat area KLIA kn..tapi nak pegi kerja je la jauh..sebab ofis aku dekat setiawangsa..ofis En.bf dekat Bukit Jalil..masa ni lah kita perlukan bike kan..hahaha..senang nak pegi kerja..hehe..

Kota Seriemas ni dibangunkan oleh PNB..mengikut kawan aku yang invite datang launching ni harga bagi booking PNB dan harga rumah nya masih lagi dikira murah dan berkualiti..tapi agak jauh ari highway berbanding Nilai Impian..Nilai Impian memang dekat dengan tol PLUS..Macam Developer lain seperti Sime Darby, Mah Sing Group nak tengok harga rumah yang murah sangat la susah..huhu..tak pelah doa je lah yang terbaik dan dipermudahkan..Dia lebih tau yang terbaik..kalau sesiapa ada info atau tips nak beli rumah boleh lah share ye..:))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...