Thursday, 10 May 2012

March dan September

Aku lahir pada bulan Mac..suka jugak baca post mengenai ciri-ciri orang yang lahir pada bulan tertentu..saja baca suka-suka..ni salah satu yang aku selalu baca dekat mana-mana tak kira la sama ada web atau pun majalah ke..

MAC
  • Berpersonality menarik dan menawan
  • mudah didampingi
  • sangat pemalu dan pemendam rasa
  • sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
  • suka pada kedamaian
  • sangat peka kepada orang lain
  • sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • tahu balas budi dan kenang budi
  • pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  • kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  • suka berangan-angan
  • suka melancong
  • sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
  • kelam kabut dalam memilih pasangan
  • suka dengan hiasan rumahtangga
  • punya bakat seni dalam bidang muzik
  • kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.


Bila dah baca tu sedikit sebanyak ada jugak yg betul nya..cuma ada beberapa yang rasanya obviously tidak betul..:))

  • tidak cepat marah dan sangat amanah
  • kelam kabut dalam memilih pasangan

Tidak cepat marah tu rasanya sangat lah tidak betul..aku ni cepat sangat naik angin nya..my bad..huhu..walaupun selalu ak tak suka ambil pedulik banyak benda..tapi jangan carik pasal dengan aku..hehehe..m.cik aku pernah kata aku ni tegas..entah la..

Satu lagi dalam hal memilih pasangan..rasanya aku bersyukur dengan pasangan..the one and only yang aku pernah ada..dan i like the way we are..

 SEPTEMBER
  • sangat besopan santun dan betolak ansur
  • sangat cermat, teliti dan teratur
  • suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik
  • pendiam tetapi pandai bercakap
  • sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati
  • sangat prihatin, terperinci, amanah, setia dan jujur
  • sensitif kepada sesuatu yang tidak diketahui
  • banyak berfikir
  • daya penakakulan yang baik
  • otak bijak dan mudah belajar
  • suka mencari maklumat
  • mengawal diri dari selalu mengkritik
  • pandai mendorong diri sendiri
  • mudah memahami orang lain ( daya firasat tinggi ) dan banyak simpan rahsia
  • sukakan sukan, hiburan dan melancong
  • kurang menunjukkan perasaan
  • lama menyimpan jika terluka hati
  • terlalu memilih pasangan
  • sukakan benda yang luas
  • bersistematik

Untuk En.bf pulak bulan September..banyak juga yg betul rasanya..aku banyak kenal dia sepanjang kami sama-sama membesar dan develop sampai sekarang..maklumlah aku kenal dia seawal umur 13tahun..sekelas dulu..dan kami banyak lalui benda yang sama..membesar bersama..dari sekolah..sambung belajar..dan sekarang bekerja..aku pun banyak kenal dia melalui cara dia bekerja..memang banyak jugak yang aku belajar dengan dia..kalau pasal kerja pun selalu discuss dan belajar dari dia..even dalam resume put his name as my reference..hahaha..semoga hubungan kami berkesudahan dengan baik..amin..




 




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...