Friday, 11 May 2012

Letupan di Loji Pemprosessan Gas di Kerteh

Semalam kita dikejutkan dengan berita letupan di loji pemprosessan gas di Kerteh..dapat tau mengenai berita ni dari group komuniti perkapalan di fesbuk..ada orang yang share berita dari berita harian

Seorang maut dalam letupan di loji pemprosesan gas di Kertih
2012/05/10

KEMAMAN: Seorang maut, seorang parah dan 21 lagi mengalami kecederaan selepas letupan berlaku di Loji Pemprosesan Gas 3 (GPP3), Kawasan Projek PRR, Kompleks A milik Petronas di Kertih, pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui.

Ketika kejadian kira-kira 2,000 orang sedang bertugas di sekitar kawasan berkenaan.
Mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Dungun dan Kemaman.

Mereka ialah kakitangan sebuah syarikat kontraktor Konsortium Hyundai-PFCE yang sedang menjalankan kerja kimpalan di loji itu yang sedang dalam penyelenggaraan.


Loji yang meletup

Lepas je baca berita dalam berita harian tu terus sms En.bf tanya pasal hal ni..hari sebelum tu (selasa) dia baru pegi TCOT (Terengganu Crude Oil Terminal) untuk meeting pasal projek GAPA yang tak settle-settle lagi..ada isu..patut commissioning projek ni bulan 3 hari tu tak silap..aku bagi tau 10 cedera..dia tanya budak contractor atau budak petronas..lepas tu die bagi tau budak contractor PFCE seorang meninggal..dia pn bagi tau tempat ni baru shutdown hari tu..sempat pesan dekat dia kalau buat projek tu betul-betul..berhati-hati..untuk commissioning projek GAPA nanti dia akan ada dekat TCOT lebih kurang 2 minggu..ini lah risiko yang dihadapi..kerja berisiko tinggi..memang lah bayaran agak boleh tahan tapi pengobanan dia pun banyak juga berbanding jurutera lain..pape pun SAFETY FIRST..:))

Ada juga berita yang diambil dari blog lain boleh baca di sini.

Letupan Loji Petronas: Jatuh dalam lubang  

Posted on

Oleh Mohd Nasif Badruddin, Zatul Iffah Zolkiply, Zaid Salim, Suhaidi Mohamed Amin, Khairul Hamizy Ramlee dan Mastura Abdul Manaf am@hmetro.com.my

DUNGUN: “Ketika kejadian kebanyakan pekerja berdiri di atas satu penutup lubang sebelum berlaku letupan menyebabkan sebahagian daripada mereka terjatuh ke dalam lubang sedalam lima meter.”
Demikian kata saksi kejadian letupan di tapak Loji Pemprosesan Gas (GPP) 3 di kawasan Perindustrian Petronas, Kerteh, di sini, yang menyebabkan seorang terbunuh dan sembilan cedera, dua daripadanya kritikal, kira-kira jam 3 petang semalam.
Saksi yang enggan dikenali itu berkata, akibat letupan yang berlaku tiga daripada pekerja terbabit yang ketika itu melakukan kerja di pelantar GPP 3, terjerumus ke dalam saluran paip gas menyebabkan ada yang badan mereka terbakar.

“Letupan itu menyebabkan sebahagian pelantar setinggi lima meter runtuh.
Mangsa yang meninggal dunia melecur teruk di seluruh badan dan berbau minyak diesel. Mungkin selepas terbakar dan jatuh ke dalam lubang yang ada air,” katanya.
Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Rosli Mansor, 31, dari Dungun manakala dua yang parah dikenali sebagai Khairul Amir Mohd Sidi, 23, dan Mohd Zamri Fitri Mat Noor, 25.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...