Saturday, 12 May 2012

Konsert Mania

Tadi tengok konsert Mania untuk separuh akhir..lima orang artis yang layak ke peringkat akhir ialah Hafiz, Stacy, Jaclyn Victor, Aril dan Hazama..boleh baca lebih info di murai.


Aku agak berpuas hati dengan finalis ni..walaupun persembahan Stacy tak berapa umphhh sangat la dalam mania ni..Persembahan yang aku suka tengok dalam Mania ni ialah dari persembahan artis di bawah..:))


Aku selalu suka dengan persembahan Hazama..bak kata M.Nasir semasa disoal oleh Aznil tentang prestasi Hazama tadi..suara Hazama memang sedap..aku pun setuju..Persembahan dia minggu lepas duet dengan Lan pun best..Untuk persembahan pertama dia nyanyi lagu Putihnya Lukisan (MUH) tadi tak dapat tengok..tengah membasuh pinggan didapur..hehe..tapi persembahan ke-dua dia pun sedap..lagu What's Up (4 Non Blondes)..

Adira dan Shila mungkin memang layak tersingkir..ada pronunciation atau gaya sebutan yang macam pelik je masa dia nyanyi lagu Aku Skandal tadi..Shila Amzah pulak biasa-biasa je persembahan dia..xde wow pun..Ebi, sorry to say..persembahan dia dari konsert pertama macam serba tak kena je..memang tak menarik..

Ni pendapat peribadi aku je..mungkin citarasa korang lain..:))..siapa kah juara Mania??..tapi memang bes layan Versus dari Mania..Kalau Versus pun aku selalu nak tengok performance Black & Parallax, Go Gerilla dan Hujan..Sofarz memang teruk..huhu..6sense pun jarang menghiburkan..Wonder kenapa Bunface tak masuk Versus..kalau masuk kan lagi best..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...