Sunday, 20 May 2012

Gift Box

Alhamdulillah gift box untuk majlis pertunangan ikin dah settle..tadi akak baru datang ambil..siap bawak McD lagi..masing-masing lapar sebab satu hari tak makan..masing-masing asyik tido je..hehe..terima kasih order box-box tuk ye ikin..harap-harap untuk majlis kawen nanti confirm order v-bag tu ye..:))

Kak Mie pun baru call tadi..dia ingat dah balik kampung..nak collect v-bag dan plastik bag untuk birthday party gegirl nanti..k.mie pun nak bagi gambar k.tih untuk invitation card majlis nanti dan duit order serkup..bila tengok kalender tadi majlis tinggal 8 hari je lagi..patut lah k.mie sampai call..dia nak start hantar invitation card 1 week before party..sorry k.mie..nak settlekan barang ikin dulu..kalau dah balik kampung nanti bila pulak nak bagi barang dia..nanti kerja pending pulak..da settle baru la senang hati..

Sempat sms ikin bagi tau dah bagi barang dekat akak..kalau tak suka corak dia sorry ye..aku main pilih je..huhu..tapi cuba pilih yang terbaik nak puaskan hati pelanggan..untuk kenduri dia nanti tak pasti lagi nak dtg ke tak sebab 3hb Jun tu setakat ni ada 4 undangan dah..kalau tak pegi kenduri kawan baik ni rasa tak best pulak..berkawan baik dengan dia dari sekolah lagi..masa matrik pun rapat giler..ikin selalu tido dekat bilik ak..teruja jugak kalau dapat tolong apa-apa yang patut..ada plan nak sponsor bunga tangan untuk dia..bunga tangan bunga segar..dekat mana nak cari ye?..dia nak bunga daisy tak silap..

Rose

Tapi rasanya aku suka rose..rose pun kan ala-ala lambang cinta kan..hehe..tak pun biasanya orang suka bunga lily..tapi kalau daisy pun ok jugak..lain sikit..

Lily

So tengok je lah hari majlis nanti..hehe..harap dapat datang..tapi en.bf sibuk sikit sekarang..kalau tak pegi kenduri ikin mungkin pegi kenduri kawen Fahmi..Insyaallah ada rezeki boleh pegi kenduri kawen Ikin nanti..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...