Thursday, 13 September 2018

Aidil Adha 2018 & Short Trip Melaka, Birthday Pak Cik & Uncle, & Lumut PART 2..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Ok sementara tunggu en.suami sampai meh la update Part 2..
Ingat kan hari ni sampai awal la..
Sekali lambat jugak..
Mereput je la dekat opis ni..
Semalam aku puasa die balik lambat..
Aku pegi la melepak dekat IOI Puchong tengok wayang sorang-sorang..
Tengok cerita Munafik 2 buka air mineral, pisang dengan buah epal..huhu..

Best tak Munafik 2?..
Hurm hurm hurm..hihi..
Malas nak review dekat sini..
Sebab nak sambung cerita dekat atas..

Sape nak baca Part 1 boleh baca dekat SINI..

Malam tu Alhamdulillah Aisyah tidur lena..
Pagi tu kene kejut..
Kejut die tanya nak mandi kolam ke tak..
Ceria je die bangun..:)

Bangun kitaorang siap-siap nak pegi breakfast..
Siapkan Aisyah sekali pakaikan pampers renang dengan baju renang..
Nasib baik ada sekeping pampers last..
Sekarang dah restok..:)
Berbaloi sungguh beli pampers renang, baju mandi dengan pelampung die..
Turun breakfast tu die memang dah siap..
Tak sabar nak pegi mandi..
Sibuk berjalan je masa kitaorang breakfast tak nak makan sangat..


Excited nak mandi kolam..


Pandangan kolan dari lift..

Pada aku kolam die tak best sangat pun..
Kolam cetek macam untuk budak-budak je..
Tapi kecik dan bosan..
Tak de gelongsor, mainan kanak-kanak ke..
Kolam pun tak besar sangat..
Mungkin sebab ramai orang jadi rasa macam sempit je..
Mungkin jugak ni bukan tarikan utama untuk hotel ni..

Dah sejam macam tu mandi kitaorang naik atas nak siap-siap..
Naik atas Aisyah sambung mandi dalam tub mandi pulak..
Lepas tu kitaorang siap-siap nak check out..

Makan tengah hari kitaorang pegi KFC je..
Masa ni pun Aisyah tak makan sangat..
Sibuk main dekat play ground je..
Masuk kereta terus tidur..
Aku pun memang nak bagi die tidur kejap sebab tadi pagi dah penat mandi kolam, lepas tu main lagi..
Kalau terus pegi Zoo kot die penat pulak..
Sementara Aisyah tidur tu en.suami pegi Masjid dulu..

Lepas tu baru la pegi Zoo..
Kali ni Zoo ramai sikit...
Maklumlah weekend lepas tu cuti panjang pulak..
Kali ni entri fee RM15 untuk dewasa..
Aisyah memang free lagi la..
Haruslah bawak stroller, air, honey-star..
Bawak 2 botol air mineral jugak..
Staff tu tak check pun..
Lepas je bawak masuk..
Memang kene bawak air sebab dekat dalam tu kita banyak jalan..
Cuaca pun panas pulak hari tu..

Macam sebelum ni Aisyah tetap enjoy dekat Zoo..
Seronok jalan-jalan, tengok kolam nak mandi, seronok tengok binatang..

Dalam pukul 5 tak silap kitaorang keluar..
Dah tukarkan lampin Aisyah siap-siap..
Dah tau dalam kereta nanti mesti die tidur..

Sementara dekat Melaka singgah dekat Secret Recipe sekejap belikan kek untuk Birthday Pak Cik dengan Uncle..
Uncle request nak kek Red Velvet..
Tapi kek yang aku pilih tu macam tak berapa ngam je rasa die..
Better Red Velvet biasa..
Sementara tu aunty dah siap buat tauhu bergedil, ayam bakar, sup cendawan, makaroni baked cheesee..
Terliur bila ingat..hehe..


Masa ni mak long dengan pak lang tak de..
Mak Long balik esoknye..
Sabtu tu die keje sampai malam..
Uncle pulak sepatutnye tak balik weekend tu sebab ada training..
Tapi balik lepas training, sampai dekat pukul 10 sebab sesat..hihi..
Pagi-pagi tu pukul 10pg dah gerak balik pegi training..

Ahad tu lepak-lepak je la dekat rumah..
Isnin pulak kitaorang ke Lumut..
En.suami ada interview dekat sana..
Pagi tu aku decide amik EL, bawak Aisyah sekali pegi Lumut..
Gerak dalam pukul 9..
Sampai dalam pukul 1..
Petang tu makan mee kari je dekat tepi jalan..
Aisyah ada la makan nasi lemak. roti segala..
Tapi macam tak berjaya je interview tu..
Mungkin Allah tu tahu yang terbaik untuk kitaorang..
Kalau dapat pun boleh tahan jauh jugak nak ulang alik kalau nak balik kampung..
Dari exit hiway nak sampai ke Lumut tu bukan main jauh lagi..
Sampai rumah pun malam..

Tu la kisahnye cuti Aidil Adha tahun ni..:)

Tuesday, 4 September 2018

Aidil Adha 2018 & Short Trip Melaka, Birthday Pak Cik & Uncle, & Lumut PART 1..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Aku dekat ofis lagi ni..
Nak buat keje server macam tak stabil la pulak..
Sementara tak de apa nak buat tu meh la upload blog yang semakin dipinggirkan..
Cerita pun dah basi..
Tapi tak pelah..
Boleh la simpan sini buat kenangan..

Ok Raya Haji haritu aku cuti lama lah jugak..
Cuti Khamis Jumaat..
Jadi adalah 5 hari cuti minggu tu..

Hari Selasa kitaorang keje lagi..
Malam tu baru balik kampung..
Sampai Jempoh kemas-kemas barang Aisyah balik rumah mertua..
Nasib baik la rumah dekat je..
10-15 minit dah sampai..
Raya kali ni dekat rumah mertua..
Along, Abang no.3 dengan yang no.6 tak balik..
Masing-masing cuti sekejap atau tak cuti..
Tak de jalan kemana pun..
Hari 1st raya tu petang balik kampung Rembau..
Hari kedua pagi-pagi lepas solat subuh pegi KLIA hantar adik suami keje dekat Bintulu..
Jumaat baru balik rumah aku..
Balik kejap lepas solat Jumaat lepas tu siap-siap nak pegi Melaka..
Saje nak bawak Aisyah jalan-jalan..
Sibuk nak tengok binatang berapa minggu dah die duk sebut-sebut..


Aisyah masa malam raya takbir raya..
Untuk raya ni memang tak de beli apa-apa pun..
Pakai apa yang ada je..


Gerak dah petang jugak..
Dah gelap baru sampai sana..
Ikut jalan Tampin..
Sampai sana pegi check in dulu..
Aku dah booking siap-siap dekat Agoda..
Kali ni kitaorang duduk dekat Muzaffar Hotel, dekat area MITC..
Harga agak mahal jugak sebab peak hour..


Masa check in..
Nak naik bot..

Pada aku bilik die biasa-biasa je..
Amik Duluxe Premier King sebab nak tidur 3 orang kan..
Ada meja kaca dalam bilik..
Tapi macam jadi hazard pulak untuk budak-budak..
Ye lah macam Aisyah tu rendah je kan..
Lepas tu jalan sana sini..
Bucu bukan main tajam lagi..

Nak tengok bilik die boleh la tengok dekat web dieorang ni..
Aku tak de amik gambar pun..

Channel TV die limited giler..
Channel cartoon pun tak de..
Penting kalau ada anak kecik ni kan..hehe..

Lepas dah letak barang dah solat semua kitaorang keluar..
Pegi makan malam..
Kali ni en.suami bawak makan asam pedas dekat area Ayer Keroh..
Ok la not bad rasa die..
Macam lagi sedap dari dekat Kota Laksamana je..
Gerai biasa tepi jalan je..
Tapi datang ada ikan seketul je..
Cuba la bagi seketul bendi pun tak pe..hihi..

Masa makan ni boleh pulak hujan..huhu..
Dah la plan nak pegi naik bot dengan naik beca..
Tapi teruskan je la plan tu..
Harap-harap hujan berenti la nanti..

So destinasi seterusnya ialah ke sungai Melaka..
Dalam pukul 10 sampai..
Ada bot sampai pukul 11..
Penuh jugak la masa tu walaupun hujan renyai..
Semua duduk dekat kawasan tengah je..
Tapi sebab kitoarang duduk hujung..
Memang kene tempias la bila hujan lebat sikit..
Patut improve la..
So boleh guna masa tak hujan dan hujan..
Naik bot ni rm18 seorang untuk dewasa..
Untuk Aisyah free lagi..


Atas bot..


Tepi Sungai..


Lepas naik bot jalan-jalan tepi sungai nak pegi naik beca pulak..
Kali ni en.suami amik route lain pulak..
Dari jambatan ke Jonker Walk - Muzium Kapal, Menara Taming Sari, Kota A Famosa, Bangunan Merah..
Charges rm50..

Lepas tu balik hotel balik..
Dah pukul 12 masa ni..
Masa dalam kereta Aisyah nangis-nangis dekat car seat die..
Biasanya die tidur je..
Last-last tu aku angkat die letak dekat bahu die tidur..
Sampai hotel pun sampai letak atas katil die tidur..
Sekali masa nak tukar pampers die jaga pulak..
Lepas tu menangis-nangis sampai pukul 2..
Risau jugak kot orang complain ke kan..huhu..
Tak tau la sebab die cari wan die ke atau pun sebab ada benda yang tak kene..hehe..
Kesian jugak die sebab masing-masing dah penat nak tidur..
Die pulak nak aku je dukung..
Dukung kene berdiri pulak tu..
Duduk dekat atas katil ke die menangis balik..
En.suami dukung die tak nak..
Siap en.suami ajak balik malam tu..
Tapi last-last die tidur jugak..
Nasib baik la tidur lena sampai pagi..

Pagi tu pun bangun die bangun lambat..
Kene kejut baru bangun sebab nak pegi breakfast..
Kalau tak lambat nanti nak mandi kolam, nak pegi Zoo lagi..

Breakfast die menu die biasa-biasa je..
Typical menu hotel..
Nasi lemak, kuew teow goreng, cereal, roti, bubur, pastry sikit..

Nanti aku sambung la part 2 ye..
Ni pun rasa dah panjang..hehe..

Tuesday, 21 August 2018

Final Exam Short Sem, BROTI, Hantu Kak Limah, & KK Senawang..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Lama menghilang kan..
Biasa la sekarang ni lama hilang, kejap timbul..huhu..
Blog semakin terabai..

Sementara ada masa ni kita update la..
Hari ni dapat balik awal sebab esok Raya Haji..
Dapat balik pukul 3..
Tapi en.suami pulak tak dapat balik awal..
Aku malas nak duduk dekat ofis..
Dah nama dapat balik awal kan..
So melepet la dekat IOI ni..
Sambil tu boleh la update blog yang dah bersawang ni..

Sebenarnya nak cerita pasal weekend lepas..
Indirectly cerita pasal sem ni..

Kali ni aku daftar short sem..
Daftar satu subjek je short sem ni..
Kalau 2 subjek takut tak terbawak pulak..
Tak pe la, slow-slow je la..
Nasib baik jugak la sem ni tak heavy sangat..

Pendek kan cerita, hari Ahad hari tu aku ada final paper untuk short sem ni..
Alhamdulillah dapat la jawab jugak..
Harapnye result die nanti memuaskan hati la..

Untuk exam kali ni aku duduk dekat The Regency's Scholar Hotel pulak..
Dalam kawasan UTM tapi bangunan baru..
Pada aku hotel ni biasa-biasa je la..
Lagi macam aku duduk situ nak study, nak tidur..

Review sikit..
Pada aku bilik die ok-ok je la..
Bilik baru bau kayu perabot die bukan main kuat lagi..
Dalam almari hanger pun tak de..Sabo je la..
Lepas tu tarik laci almari siap ada habuk-habuk kayu lagi..
Pantri bukan main besar..
Tapi bukan nak masak ke apa kan..
Bilik ni ada fridge dalam bilik..
Toilet pun agak luas..
Salah satu kenapa aku tak suka bilik dekat The Regency Scholar Inn sebab toilet die kecik..
Ok mungkin bukan sebab toilet kecik, tapi arrangement toilet bowl, shower screen yang fail ke aku tak pasti la..
Dekat bilik tak de tong sampah..
Satu hal pulak nak kene ulang alik pegi tandas nak buang sampah..
Lagi satu masa kitaorang masuk tu sampai ke tengah malam..
Bilik kitaorang ni dekat hujung sekali..
Bunyi orang dekat luar bising gila..
Bila tutup pintu tu siap hempas, bunyi die annoying gila..
Nasib baik la bila dah malam masa tidur ok..
Stress aku study masa tu..

Siang Sabtu tu lepas Asar kitaorang baru gerak pegi KL..
En.suami pegi service kereta semua dulu..
Sampai KL makan dekat Kampung Baru kejap lepas tu terus check in..
Aku beli dekat Agoda je..
Satu lagi pilihan breakfast die tak terhad dan tak berapa menarik sangat..

Aku exam dari pukul 9-12..
Tidur pukul 3 lebih pagi..
Pukul 6 lebih dah bangun..huhu..
Lepas exam pegi The Curve..
En.suami tengok kawan die berniaga bukak booth dekat sana..



Roti Baghdad by BROTI..

Datang The Curve ni sebab nak tengok Hantu Kak Limah..
Habis exam awal, Aisyah pulak dekat kampung..
Boleh la balik lambat..
Aku pulak memang amik cuti hari Isnin..


RM30 untuk 2 orang..
Dah lama tak pegi tengok movie dengan en.suami..
Last tengok cerita Deep Water Horizon masa mengandungkan Aisyah dulu..
Ramai kata cerita ni best..
Layan jugak la cerita ni for fun..

Ingat kan tadi nak tengok cerita Pulang..
Ramai jugak kata cerita tu best..
Tapi tadi naik atas tengok dekat GSC tak de pun cerita tu..
Tak de rezeki la nak tengok..

Isnin pulak aku cuti pegi KK Senawang..
Alhamdulillah rezeki Aisyah nak dapat adik..
Walaupun di saat banyak mama dan abah banyak komitmen ni..
Tapi tak pe la..
Enjoy the moment je..
Tuhan tak kan bagi kalau kita tak mampu kan..

Hari tu mula-mula check dengan UPT..
Then positif..
Lepas tu berhenti susukan Aisyah..
Alhamdulillah tak la struggle sangat..
She is such an amazing girl..
Beli car seat sesuai untuk die supaya tak payah dukung die dalam kereta..
Mama dah Aisyah boleh duduk dalam kereta dengan selesa..
Alhamdulillah jugak die suka duduk dalam tu..
Setiap kali naik kereta die akan kata nak duduk dekat kerusi die..
Lepas tu selalunya die akan tidur dekat kerusi tu..
Lebih selamat dan selesa untuk die..
Kalau tak dulu selalu menyusu dalam kereta..
Tak pun berjalan kesana sini..
Aku pulak dah tak larat nak pegang die lama-lama..
Lenguh kot..
Kesian dekat mak jugak..
Terutamanya untuk long distance..
Kalau Aiyah duduk dekat car seat dua-dua boleh tidur dengan bahagianya..
Cuma kene tukar-tukar tempat car seat tu la kadang dekat kereta kitaorang, kadang dekat kereta atok..

Then aku pegi KK Senawang..
Sekarang duduk sana kan..
Confirm kene bukak buku dekat sana..
Dekat sini nak bukak buku kene booking tarikh dulu dan kene lebih 9 minggu..
Masa datang dulu baru 7 minggu tak silap..

Nak buka buku pink dekat sini kene bawak salinan IC suami isteri dan sijil nikah..
Tapi dekat sini cepat jugak la proses nak bukak buku..
Datang bagi tau dah booking tarikh..
Lepas tu dapat buku pink..
Ambil darah, lepas tu pegi kencing..
Hantal 2 2 sample dekat lab..
Terus letak buku dekat bilik nurse..
Tak perlu pun nak tunggu lama-lama sebab dieorang akan baca result dalam komputer je..
Lepas tu jumpa Dr..
Dekat sini dieorang akan scan dalam 4 kali..
Aku datang pukul 230 settle dalam pukul 430..
Termasuk jumpa Dr..

Sebenarnye datang pukul 330 tapi sebab dokumen semua tak bawak..
Kene la balik ambil..haha..

Nurse dan Dr pn so far nice..
Dekat sini ramai pulak Nurse tanye suami tak ikut sekali ke?..
Sebenarnya sebelum ni pun memang dah biasa en.suami tak pegi..
Sebelum ni pun ramai orang..
Jadi kalau en.suami pegi pun kene duduk dekat luar..
Baik la tak payah datang..
Suami pun tak boleh masuk bilik nurse kalau sebelum ni..
Jadi memang datang sorang je la..

Lepas tau positif hari tu aku memang dah amik Iberet Folic..
Aku doakan yang terbaik je la untuk semua..
Yang terbaik untuk aku habiskan Master, kerja aku, kerja suami aku dah keluarga aku..
Insyaallah semua akan baik-baik je..
AMIN..
The Journey become more interesting..

Monday, 9 July 2018

Random Post - Ramadhan, Kuching, Syawal & Bangkok 2nd Time..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Banyak betul cerita yang miss tak sempat nak park dekat sini..
Masa bulan puasa hari tu agak sibuk dengan exam..
1st week puasa tu tak silap ada study group dekat UTM, KL..
Next week tu dah exam..
Sem lepas nasib baik la ada paper final 1 subjek je..
Next week lagi tu presentation proposal untuk Master Project pulak..
Presentation proposal tu memang kelaut la..
Lepas tu siap text PM lg kata macam nak fail je..haha..
PM siap reply kata rilek la..

Minggu nak raya tu sempat kene travel ke Kuching..
Pegi flight malam, sampai hotel dalam pukul 12..
Turun sahur pukul 4 macam Zombie, pukul 9 ada KOM dekat BDEWC..
Tengah hari macam tu dah habis meeting sempat pegi beli kek lapis dekat Mira Cake House sebelum pegi airport..
Rabu last day keje sebelum cuti raya..
Raya kitaorang cuti seminggu..
Bukak email tengok customer duk email..
Lagi yang tak celebrate raya tu..
Malas betul nak layan..

Masuk ofis minggu pertama tu memang kalut la..
Satu yang email dari raya sibuk nak datasheet dengan drawing..
Satu lagi yang contractual date sepatutnya 25th July ni tapi sibuk nak barang cepat sebab ada boat untuk load barang pegi offshore 13th July ni..
Nak barang paling lewat 12th July..
Satu lagi pulak last barang untuk FAT sepatutnya hujung bulan June, minggu lepas raya, tapi sebab terpenyek dengan yang lain, aku tukar la 2th - 4th July g Bangkok..

Weekend 30th - 1st July tu sepatutnya dah start kelas untuk short sem..
Tapi sebab dah terpenyek dekat ofis..
Aku masuk la ofis hari Sabtu dengan ahad nak siapkan documents dengan drawings..
Short sem ni pun aku amik satu subjek je..
Sepatutnya amik dua..
Takut tak terbawak je nanti..
Layankan slow-slow je la..


Sempat jugak beli head pam masa weekend tu..
Ni gara-gara sauk bag pam tapi tak perasan yang head tak de pun dalam tu..
Beli dekat GMTA Asia Puchong tu je..
Call lepas tu whatapp staff die..
Untuk collect tu aku amik runner je..
Sonang..



Datang ofis masa weekend grab makanan yang mudah je la..
Tapau makan dekat ofis je..

Kali ni pegi Bangkok aku seorang je..
Kali ni aku duduk dekat area Nana Station..
Senang sikit nak cari makanan halal sebab dekat dengan Arab Street..
Dekat jugak dengan train..
Kawasan pun meriah je..
Alhamdulillah perjalanan ok je pegi dan balik..


Menu dinner malam pertama..

Makanan dekat sini kebanyakkan nya portion die besar..
Kalau malam makan berat macam ni..
Siang nya aku makan benda ringan-ringan je..
Aku makan buah je..

Hari pertama tu makan sepinggan buah..
Ada buah tembikai, betik dengan nenas..

Malam kedua aku makan nasi goreng seafood pulak..
Pun portion die besar gila..
Bertabahlah nak habiskan..

Siang hari last day tu aku nak order buah lagi.
Tapi die orang provide ni..


Rasanya 1st time makan ni..
Sodap rupenye..
Next time kalau datang lagi boleh la request ni nanti..

Walaupun raya macam busy je..
Tapi raya tu memang enjoy the moment la..
Malas nak fikir pasal keje ni..

Cerita pasal raya..
Nasib baik la masa weekend dah beli dulu baju en.suami dengan Aisyah..
Untuk aku beli hari Rabu sehari sebelum raya dekat kampung je..
Beli sepasang sorang je..
Untuk Aisyah ada nak belikan baju casual..
Tapi masa tu dah weekend last..
Saiz banyak dah tak de, design pun so so je..
Nanti je la kita beli..

Masa raya tu memang duk kampung je la..
Jalan raya dekat kampung..
Lepas tu adalah pegi Bangi pegi tengok-tengok rumah..


Nasi daging cik mok buat masa raya..


Sempat jugak pegi NS Dairy Farm dekat Rembang Panas bawak Aisyah jalan..
Konon nak tengok lembu..
Tapi seminggu raya tu tak de pulak servis tu..
Bawak Aisyah pegi main dekat play ground, naik basikal dengan beli susu fresh ni je..
Mula-mula Aisyah minum jugak la susu pure fresh tu..
Tapi ni mak kata die macam tak berapa suka pulak..
Aku suka susu die, sedap..
Kalau minum pun tak de pulak macam sebu sangat..
Nak dapatkan tu je la macam susah sikit..
Sebab nak pergi ke tempat die tu boleh tahan mencabar gak..
Hari tu pun naik 4WD ayah pegi..
Kalau nak beli dekat luar kene beli dari agent pulak..

Sekian random post bercampur-campur dari aku..
Aku harap sem depan makin ok la hal dekat ofis dan belajar aku..
Sem depan dah sem last..
Harap sangat dapat tempat yang lagi sesuai dan habiskan belajar ni dengan sangat baik..
Semoga hal rumah pun dapat di uruskan dengan baik..
AMIN..

Monday, 2 July 2018

Toiletries Bag Murah..

Assalammualaikum & Selamat Sejahtera..


Lamanya tak update kan..
Kisah raya pun tak de update..
So sad..

Harap lepas ni ada lagi banyak masa la..
Malas nak fikir sangat hal keje ni..
Nak habis kan master ni tinggal satu sem je lagi successfully..

Kembali kepada tajuk..
Nak share pasal toiletries bag..
Aku punya toiletries bag dah koyak..
Sebenarnya tu pun toiletries bag free masa Aisyah admit dekat Columbia..
Sebelum tu en.suami je yang ada..
Tapi kalau travel memang senang kalau ada toletries bag kan..

Mula-mula cari la online..
Cari online ni susah sebab tak tengok depan-depan..
Nak pegi kedai macam tak sempat je..
Tapi hari tu ada pegi kedai rainbow sekejap..
Sekali terjumpa pulak toiletries bag ni..



Yeay dah ada toiletries bag baru..
Murah je rm16.90..
So far pakai pun ok lagi..

Insyaallah ada masa nanti aku update lagi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...